Followers

Wednesday, November 28, 2012

Post yang terlewat

Assalamualaikum w.b.t semua & salam sejahtera.

hari ni naida nak buat entri pasal hadiah GA bagi tiga hadiah misteri tu..maaf la sangat-sangat sebab naida tersangat lah lewat. lepas dah siap hadiah-hadiah ni, lega sangat-sangat. terlepas satu beban. lepas ni nak selesaikan urusan lain pula. moga-moga bertambah murah lah rezeki naida selepas ni. keberkatan itu kan penting :))


naida buat lolipop & brooch bunga sahaja sebagai hadiah. ini je yang termampu naida buat. puas dah fikir nak buat apa. alih-alih berbulan-bulan tak siap. jadi inilah hasilnya selepas naida timbang tara pelbagai faktor & kekangan.


harap penerima-penerima hadiah berpuas hati dengan hasil tangan naida ni, setelah ditolak tambah kekecewaan anda semua menunggu hadiah GA yang tak sampai-sampai. *minta maaf sekali lagi*


semoga kalian semua tidak menyimpan sebarang rasa tidak puas hati terhadap naida & bisnes ni. maafkan segala kekurangan naida & keterlewatan ini. sekali lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...